28 April 2014

Gempa 5.3 Richter landa Kepulauan Tanimbar, Indonesia


29 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di kepulauan Tanimbar, Indonesia pada jam 12.23 tengah malam tadi. 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran ialah 464 kilometer dari tenggara Ambon dan 1,869 kilometer tenggara Semporna. 


tidak mendatangkan ancaman tsunami. 

DAP senarai pendek 5 calon PRK Bukit Gelugor

29 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

GEORGE TOWN:  DAP Pulau Pinang menyenaraipendekkan lima nama calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang akan diadakan pada 25 Mei depan.

Pengerusinya Chow Kon Yeow (gambar) berkata nama calon berkenaan akan diserahkan untuk dipertimbangkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang akan bermesyuarat esok.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung senarai calon itu.

"Semua calon bukan Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri)...tiada wakil rakyat dalam senarai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Tukar Barang sempena sambutan Hari Bumi 2014, di Lebuh Pantai di sini hari ini.

TG Nik Abdul Aziz terima kunjungan Muhyiddin

29 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menyangka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menziarahi beliau di kediamannya di Pulau Melaka, petang semalam.

Hudud: PAS sedia terima keputusan undian di Parlimen

29 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Presiden Umno wajar menyatakan pendirian dan sikap sebenar dengan ikhlas dan berhenti dari berdolak dalik berhubung rang-rang undang-undang yang ingin dibawa PAS di Parlimen.

Justeru, Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata PAS bersedia memberi laluan kepada kerajaan untuk membawa cadangan pindaan undang undang untuk membolehkan Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1993 secara demokratik dan sedia menerima apa pun keputusan undian di Parlimen.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat menyatakan demikian dalam satu kenyatan hari ini, sebagaimana di bawah.