13 Januari 2014

Mangsa banjir Kelantan terus meningkat

12 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KOTA BAHARU: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan terus meningkat pagi ini manakala keadaan di Pahang semakin pulih dengan hanya 57 orang masih berada di pusat-pusat pemindahan.

    
Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,423 orang berbanding 1,188 malam tadi dengan seramai 1,224 daripada jumlah itu adalah di Rantau Panjang.

Tahanan reman pegawai khas menteri dilanjut

12 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
SEPANG: Tempoh reman bagi dua individu termasuk seorang pegawai khas menteri dilanjutkan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender.

Pendaftar Mahkamah Majistret Sepang Rozaidi Yaacob membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh tahanan reman selama dua hari bermula esok untuk pegawai khas itu dan seorang lagi ahli perniagaan berpangkat Datuk.

Jika tak mahu bayar i-Kad, jangan ambil pekerja asing - Zahid

12 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
ALOR GAJAH: Majikan yang tidak bersetuju dengan kos RM110 bagi i-Kad, tidak perlu mengambil pekerja asing bekerja di syarikat mereka, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar). 

    
Beliau berkata pada masa ini, kos bagi mengambil pekerja asing di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding yang dikenakan negara-negara lain walaupun dengan bayaran i-Kad tersebut.

Mesin Pengitar Dialisis Mudahkan Pesakit Dirawat Ketika Tidur

12 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
PENJAGAAN kesihatan merupakan salah satu sektor fokus di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan antaranya adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit buah pinggang.


Sehubungan itu, satu usaha dilakukan oleh Lucenxia Malaysia, anak syarikat Adventa Bhd bagi memberi harapan baru kepada golongan ini menerusi mesin pengitar Dialisis Peritoneal Automatik Pintar yang direka untuk pesakit melakukan rawatan di rumah ketika mereka sedang tidur.

Jangan salahkan k'jaan bila barang naik - PM

12 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KEMAMAN:  Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata adalah tidak adil menyalahkan kerajaan semata-mata apabila berlaku kenaikan harga barangan.

    
Ini kerana, kata Perdana Menteri, kerajaan telah dan sedang melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha mentransformasikan ekonomi negara bagi memastikan rakyat sentiasa menikmati kehidupan lebih baik.

Hard Rock: Bir RM8, kalau minum Coke RM16

12 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: "Nama pun sudah Hard Rock, macam mana nak ada persembahan nasyid? Memang mustahil," kata bekas pemain gitar bass Kumpulan XPDC, Zuar diiringi ketawa geli hati.


Zuar atau nama sebenarnya Azuar Md Tasi, 48, menyifatkan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor agar Putrajaya membuka Hard Rock Cafe (HRC) yang tidak menyajikan minuman keras dan mempunyai persembahan nasyid sebagai tidak masuk akal.

Jakarta Banjir, 5,152 Penduduk Dipindahkan

12 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
JAKARTA: Beberapa kawasan di sekitar Jakarta mengalami banjir berikutan hujan berterusan sejak Ahad, menyebabkan 7,367 rumah dinaiki air, ada yang hingga empat meter, dan sejumlah 5,152 penduduk dipindahkan.

Pusat Data Maklumat dan Perhubungan Awam, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mencatatkan bahawa sehingga pukul 7 pagi, banjir menjejaskan 75 kawasan petempatan di 18 daerah kecil di Jakarta.
Kawasan Cawang, dalam daerah kecil Kramat Jati di Jakarta Timur yang dinaiki air sehingga empat meter, dicatat sebagai kawasan paling buruk terjejas banjir selain kawasan Cililitan, Bidara Cina dan Kampung Melayu.

15 sekolah di Pasir Mas ditutup akibat banjir

12 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KOTA BAHARU: Sebanyak 15 sekolah di jajahan Pasir Mas terpaksa ditutup hari ini akibat banjir.

    
Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang berkata sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Setol; SK Kok Pauh; SK Kubang Kua; SK Kampung Baru; SK Gual To Deh; SK Seri Rantau Panjang 1; SK Seri Rantau Panjang 2;

Antara Maulidur Rasul dengan Hard Rock Cafe

12 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Umat Islam seharusnya peka kepada isu-isu semasa khususnya isu melibatkan kepentingan Islam sebagai tanda mencintai Nabi Muhammad s.a.w. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Riduan Mohd Nor berkata, bukti kecintaan kepada Nabi Muhammad harus ditunjukkan dengan perbuatan, bukan hanya dilafazkan di bibir apabila tiba bulan kelahiran baginda.

Skandal NFC: Suami Shahrizat saman Nurul Izzah

12 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya hari ini menfailkan saman fitnah terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkaitan satu kenyataan mengenai pembelian lapan unit kondominimum yang disiarkan oleh sebuah portal televisyen propembangkang.

Beliau dan syarikatnya menamakan Nurul Izzah sebagai defendan pertama dan turut menfailkan saman sama terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution sebagai defendan kedua. 

Barang naik: Apa lagi yang Najib nak nafi

12 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kemaman,Terengganu semalam ketika pemberian mangsa banjir adalah sangat mengejutkan kepada pelbagai. 

“Ataukah juga ia tidak lagi mengejutkan kepada pihak yang lainnya,” tanya Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

"Berilah keadilan kepada saya," rayu pempetisyen Lubok Merbau

11 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Mohd Ridzuan (tiga dari kiri) bersama para pemimpin Pakatan Rakyat Perak selepas sidang media. 

IPOH: "Berilah keadilan kepada diri saya," demikian luahan pempetisyen Dun Lubok Merbau, Mohd Ridzuan Asit ketika mengulas perjalanan perbicaraan petisyen pilihan raya yang berlangsung pada 8, 9 dan 10 Januari lalu.