20 September 2009

H1N1 Selamatkan Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi

Oleh Annuar Kamaruddin

Syawal bakal menjelang. Seperti biasa para pimpinan, partai politik, YB-YB akan sibuk mengadakan rumah terbuka sebagai tradisi mempereratkan silaturrahmi sesama ahli, penyokong dan pengundi.

Bagi kami rakyat Perak amnya, dan pengundi DUN Changkat Jering dan Behrang khususnya tentunya ternanti-nanti bilakah YB akan mengadakan rumah terbuka. Mereka mendakwa mewakili rakyat dengan menjadi calon bebas sehingga menjatuhkan kerajaan Pakatan yang sebenarnya yang rakyat pilih.

Kalau betul rakyat dan pengundi setuju mereka menjadi calon bebas, tentu rumah terbuka mereka nanti akan begitu meriah dengan kehadiran begitu ramai pengundi, penyokong dan rakyat pelbagai kaum. Mereka pula akan berasa sangat puas hati dengan kunjungan yang begitu ramai.

Para wartawan dan jurugambar pula sibuk merakamkan suasana yang begitu meriah. Besoknya terpampang di dada akhbar. YB Bebas mendapat sokongan rakyat. Dan tentunya MB pula berjela-jela komentarnya. Dan yang pasti kutukan dihala kepada Pakatan Rakyat.

Tapi adakah begitu? YB-YB lompat ini sebenarnya sangat takut dan risau. Kalaulah mereka mengadakan rumah terbuka Hari Raya, dikuatiri rakyat dan pengundi bukan hadir untuk beraya, tapi nak tanya dan nak penjelasan ! Dan ada pula dah bersedia hendak meluku kepala YB-YB ni. Kalau begini parah jadinya. Jadi perlu mencari alasan.

Atas nasihat pihak berkuasa Kesihatan, tidak digalakkan membuat rumah terbuka. Walhasil, H1N1 Selamatkan Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi !

4 ulasan:

orang klang berkata...

nasib osman dan jamaludin baik pasal ini raya puasa kalau raya haji kita seret 2 ekor lembu umno tu buat korban...

Tanpa Nama berkata...

eloklah lembu dengan katak..

kangkalikong berkata...

bukan lembu tapi lipas yang menghuni tong najis.umpama umno yang membusuk,penghuni sanggup dikelilingi najis yang mereput..

Budak pencen berkata...

YB Osman/Jamaluddin,jangan lah takut nak buat
rumah terbuka,pasal makan orang kampong pergi
makan.Kalau tak pandai cara,pergi lah berguru
dgn Tok Berahim Pesaka,tentu dia boleh bagi tip
tip nya.