06 Jun 2009

Hadi: Bersih nama PM dalam isu Altantuya

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi gesaan kepada kerajaan agar mengambil tindakan terhadap beberapa media asing yang mencemarkan imej perdana menteri dengan skandal kontrak pertahanan dan kes bunuh Altantuya Shaariibuu.

Tanpa menyebut nama Datuk Seri Mohd Najib Razak atau kes khusus yang dihadapi pemimpin negara itu, presiden PAS dalam ucapan dasarnya di muktamar pagi ini berkata:

"PAS ingin menggesa pihak kerajaan untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan (undang-undang) bagi membersihkan pemimpin utama negara yang dipaparkan oleh media asing sebagai mempunyai bebanan kes rasuah dan jenayah.

"Tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan."

Abdul Hadi bersama dua lagi tokoh utama Pakatan Rakyat - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang masing-masing bagi pihak PKR dan DAP - membuat gesaan yang sama kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum Najib dilantik perdana menteri keenam, 3 April lalu.

"Sekiranya tindakan pembetulan ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akan menjadi bahan momokan masyarakat dunia," kata Abdul Hadi di depan kira-kira 3,000 perwakilan, pemerhati dan tetamu jemputan.

PAS melangsungkan muktamar tahunan ke-55 selama tiga hari sehingga Ahad di Stadium Malawati, Shah Alam.

Mengulas kemelesetan ekonomi dunia, Abdul Hadi menyifatkan BN masih mengalami "sindrom sangkalan" terhadap amalan urus tadbir yang rakus, boros dan sarat dengan penyelewengan.

PAS turut mencadangkan penggunaan dinar emas menangani ketidaktentuan ekonomi dan mengelakkan inflasi akibat perbuatan mencetak wang kertas.

Sementara itu, presiden PAS turut menegaskan perlu kefahaman Islam yang sebenarkan digunakan untuk menafsirkan maksud agama dalam Perlembagaan Persekutuan supaya keadilan Islam dapat ditegakkan.

Katanya, walaupun Umno meminda perlembagaan beberapa kali, tetapi tindakan itu "seperti tikus membaiki labu" demi mengekalkan kuasa politiknya semata-mata.

Mengulas soal penyertaan bukan Islam dalam parti itu, Abdul Hadi berkata, anggota-anggota Kelab Penyokong PAS (KPP) perlu menjalani program orientasi bagi memahamkan mereka perjuangan PAS.

Beliau mencadangkan pindaan perlembagaan bagi menaiktarafkan kelab itu sebagai sebuah dewan di samping Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Mengulas peranan tiga sayap parti, Abdul Hadi meminta penglibatan veteran PAS yang tidak lagi memegang jawatan dalam parti digembleng dan diinstitusikan.

Katanya, ia bertujuan supaya mereka yang mempunyai pengalaman yang banyak dapat terus menyumbang kepada parti. Dewan Ulama diminta melaksanakan tanggungjawab ini.

Sementara Dewan Muslimat pula diminta tidak mengesampingkan program ilmiah dan hiburan bagi mendekati generasi muda.

Katanya, kecenderungan sesetengah generasi muda kepada program-program yang berbentuk hiburan harus terarah dan dipimpin. Hiburan yang mendidik dan membina kekentalan jiwa taat kepada Allah SWT harus dipupuk.

Abdul Hadi juga menggesa Dewan Pemudanya "mengakhlakkan" program-program hiburan, sosial dan sukan yang selama ini dianggap berada di luar ruang lingkup kegiatan parti.

"Usaha ini perlu bukan sekadar untuk tujuan politik, tetapi lebih utama untuk melaksanakan tugas 'penyelamat' bagi mengeluarkan mereka daripada keruntuhan akhlak serta hanyut dalam hiburan di luar batasan agama," katanya dalam ucapan bertemakan 'Islam Memimpin Perubahan.'

"Dewan Pemuda perlu menggiatkan program tarbiyah kepada anak-anak muda untuk mencapai sekurang-kurangnya dua tujuan; pertamanya melahirkan generasi pemimpin yang akan meneruskan perjuangan yang panjang ini dan kedua; melahirkan penyokong dan penggerak yang menghayati perjuangan parti untuk menegakkan Islam."

Selain tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat dan pemimpin politik, tokoh-tokoh sastera yang terlibat dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang menggerakkan demonstrasi besar awal Mac lalu, turut hadir.

Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said malah dikurniakan "Anugerah Pejuang Bahasa" dalam satu majlis ringkas selepas ucapan dasar tersebut. Malaysiakini.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ape kaitannya Altantuya dengan najib? Raja Petra yang memandai2 mngaitkan najib dengan altantuya disebabkan pada masa tu dia menteri pertahanan. ade bukti nak tuduh najib? xde kan? maka better shut up daripada buat cerita. kan... kan .. kan..

Tanpa Nama berkata...

Sebab itu kita menggesa Najib saman akhbar luar supaya nama Malaysia bersih. Soalnya...kenapa tak nak saman???

cucubajuri berkata...

tapi bila dh keluar dalam paper negara asing, kene la ambil tindakan, betapa sayangnya pemimpin pembangkang kepada PM kita tu, supaya mengambil tindakan untuk membersihkan nama PM kita.

Tanpa Nama berkata...

Alamak aiii... sedangkan org biasa kena fitnah pun berani saman. Saman sbb nk bersihkan nama nk tunjukkan yg kena fitnah tu benar. Berani kerana benar la...

Ni kena tuduh pun sonyap yooo... Apa barang?.. kurang2 wat cam Mr Husham.. TUNTUTAN MAAF!! Ini tuntutan maaf pn gue x dengar... xtau la kalu ada buat...

Tanpa Nama berkata...

apa media sibeer ni xfaham bahasa.ketinggalan zaman pastu nak cakap banyak lagi.masalah kes najib bukan lagi bermain di mulut Raja Petra tapi dah berlegar hingga ke ruang lingkup akhbar-akhbar antarabangsa.takkan tak reti baca petikan di atas kut..k

Tanpa Nama berkata...

Kpd media siber...
Jika tiada yg bersangkutan dgn DS Najib pasal rakyat Monggolia ini, samanlah media barat sana.
Bersihkan nama PM 1Malaysia tu...kenapa nak takut? Siapa pula yg buat cerita?
Tuan media siber kena fahamlah apa yg TGHA kata tu...X faham-faham la!...ish ish ishhh

kita serupa berkata...

najib kata dia tak kenal altantuya...
siap besumpah tu
mahkamah dah jatuh hukum
sapa yg bunuh kita dah tahu
sapa yg suruh bunuh dan camne boleh dpt c4
tanyalah pembunuh tu...

Tanpa Nama berkata...

hahaha ingat jadi media siber cerdik rupa2 begok/tongong.Orang suruh bersih nama sebab kata tak salah saman le 1bilion ke kat surat kabar luar negara atau panggil duta2 dia suruh minta maaf sebab fitnah.Ini diam sebab orang kata diam tanda setuju!lagi pun c4 tu tak jual kat super market yang ada kat Kem Pertahanan so lu pikir le sendiri ?

Tanpa Nama berkata...

kalau tak jawab tanda setuju......kalau bersalah tak tahu nak jawab.....jadi semua serba salah......agak2nya orang tu bersalah kut......heheheheh